Saturday 16 November 2013

Bajet 2014 : Kebaikan kepada Mahasiswa

         

       
         Pada 25 Oktober 2013 lepas, pembentangan belanjawan 2014 telah berlangsung. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Beliau juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia. Belanjawan 2014 secara keseluruhannya telah menunjukkan peningkatan kira-kira RM31 billion jika dibandingkan dengan bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 billion. Belanjawan tersebut adalah RM201.9 billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 billion bagi perbelanjaan pembangunan.
         
           Dalam bajet 2014, sistem pendidikan percuma masih lagi diamalkan dan para pelajar yang bakal memperoleh ganjaran terbanyak. Perkara ini telah membantu dan meringankan beban para ibu bapa. Hal ini telah menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kebaikan bajet 2014 kepada pelajar.

Antara kebaikannya adalah:

1) Meneruskan pemberian baucer buku. 
    Pemberian Baucer Buku 1Malaysia BB1M 2014 adalah sebanyak RM250 kepada setiap pelajar Pra-universiti, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengjian Tinggi Swasta (IPTS).

2) Menaikkan taraf kalajuan internet.
    Kerajaan akan melaksanakan fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta yang melibatkan pelaburan RM1.8 billion bagi maluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Penambahan Kelajuan Internet tesrebut ialah 10Mbp. Kebaikan menaikkan taraf kelajuan Internet ialah pelajar boleh malayari internet untuk pembelajaran. Sebagai contoh, memudahkan pelajar dalam mencari maklumat.

3) Pendidikan Tertiary
     Dalam pendidikan tertiary, kerajaan telah membelanjakan RM260 juta daripada peruntukan RM300 juta bagi menawarkan rebat bayaran sebanyak RM200 di bawah pakej komunikasi Belia untuk untuk membeli pakej telefon pintar.

4) Mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah.
     Dalam usaha kerajaan bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank. Dana tersebut akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah 4%. Perkara ini dapat membantu para siswazah yang belum mendapat pekerjaan untuk menjalankan perniagaan dan menjadi usahawan.

Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha kerajaan untuk membantu mahasiswa menerusi bajet 2014. Hal ini telah menunjukkan bahawa kerajaan sangat peka terhadap rakyatnya.

No comments:

Post a Comment