Sunday 29 September 2013

Sambutan Hari Malaysia di Peringkat UUM 2013

Hari Malaysia merupakan hari yang disambut untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Sejarah ini menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi mmbentuk Malaysia.

Pada tanggal 16 September 2013, pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan sambutan Hari Malaysia bertempat di stadium UUM. Majlis dirasmikan oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak. Dalam ucapan beliau telah mengetengahkan tentang makna sambutan Hari Malaysia. Beliau juga menyeru pelajar supaya menghayati sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia.

 Majlis sambutan ini disertai lebih kurang 3000 orang pelajar yang mewakili Dewan Penginapan Pelajar (DPP) masing-masing. Pelbagai  acara yang dipertandingkan, antaranya perbarisan, pasukan sorak dan kereta berhias. Majlis ini dimeriahkan lagi oleh persembahan kawad kaki, seni silat dan taekwando daipada pelajar palapes UUM.

Kemuncak sambutan majlis ini ialah pengumuman pemenang acara yang dipertandingkan. Secara keseluruhannya, DPP Petronas telah mengungguli kebanyakan acara yang dipertandingkan. Hadiah yang diperolehi berupa wang tunai dan sijil penghargaan.

Di akhir majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi popular 90-an iaitu Aris Ariwatan yang telah menyampaikan dua buah lagu yang pernah dipopularkannya seketika dahulu.
Majlis yang bermakna ini telah diakhiri dengan beberapa das tembakan bunga api.

No comments:

Post a Comment